Sunday 14 July 2013

RESEPI PUDING ROTI BAKAR BERSAMA KASTARD SOS

 Salam berhujung minggu....Hai FD kata dah tak nak upload gambar..hehehe entah la,rasa rindu lak nak berblog ni...So saja nak share resepi puding roti bakar yang FD buat untuk pencuci mulut ketika berbuka puasa...Kalau berminat boleh la mencuba yer..Sedap sekiranya di makan bersama sos kastard...
Bahan-bahan puding roti :
8 keping roti gardenia
2 biji telur
4 sudu gula halus
500ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu butter - dicairkan
sedikit kismis, coklat chip & kekacang untuk hiasan


Cara-cara memasak :
1) Satukan telur, gula, susu segar, esen vanilla dalam bekas,dan koyak atau guntingkan roti tersebut..
2) Biar ianya terendam seketika.
3) Masukkan butter cair..Kemudian masukkan ke dalam loyang yang dilapik alumunium foil dan di gris mentega....
3) Tabur kismis,coklat chip dan kekacang badam ke atasnya...Ikut selera masing-masing samada nak menggunakan kismis sahaja atau coklat chip sahaja....
4) Bakar selama 30minit atau sehingga masak dengan suhu 170c..

Bahan-bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu besar gula
1/4 tin air

Cara-cara:
1) Satukan semua ke dalam periuk dan didihkan atas api sambil kacau.
2) Gaul sehingga pekat..




No comments:

Post a Comment