Tuesday 2 April 2013

SEKADAR INFO BUATMU...

Assalamualaikum semua...Lama pulak rasa FD tak online ye..al maklum la, mood nak memasak sesuatu yang baru tu belum sampai lagi...hehehe.. Hari ni FD just nak preview barang yang FD gunakan and penting untuk diketahui halalnya sebab kebanyakkannya adalah dari sumber yang "Tidak halal" wallahualam...

FD ada terbaca dari blog orang lain, and search by google, kebanyakkan ovalette ni tidak halal dari segi pembuatannya...tapi bagi pelanggan FD, jangan risau tentang tu, FD memang mencari yang halal....dan gambar diatas merupakan ovalette yang FD gunakan....memang sangat-sangat susah nak mencari ovalete yang halal, tapi alhamdulillah ku temui jugak... tapi seandainya stok habis ke atau tak jumpa stok halal yang lain, FD memang tak akan guna pakai pun.......

Gambar di atas ni pulak merupakan whipping cream yang FD gunakan , di mana ianya memang halal, dan tidak diragui..keluaran anchor ni, ada mengeluarkan butter jugak k,tapi mahal sikit la...whipping cream ni pun , ada sesetengahnya tidak ada cop halal, so be careful....

So yang di atas ni pulak, fresh cream....ni semua FD gunakan semasa buat kek berkrim tu la.....Mencari yang halal itu adalah fardhu.....Jadi, conclusion nya, jangan ragu-ragu dengan barang yang FD pakai ye......Insyallah, FD akan mencari dan buat yang terbaik coz FD pun memberi anak and family FD makan and merasa benda yang sama seperti apa yang FD hasilkan tempahan untuk orang lain....

No comments:

Post a Comment