Wednesday 17 July 2013

CHIPSMORE BUAT ANAKKU BERSERTA RESEPI

Assalamualaikum .....Entry kali ni FD nak paparkan biskut yang FD buat baru-baru ni untuk anak bujang FD...Sometime dia ni ikut mood jugak,kalau bagi dia biskut,dia makan,tapi kadang-kadang dia baling ja..hehe So, kalau sesiapa nak cuba buat untuk anak ke atau untuk hari raya ni ke,boleh la try..
Resepi ni FD belajar semasa FD mengikuti kelas biskut raya .....

 BAHAN-BAHAN:
(A)
250GM BUTTER
100 GM GULA ICING
80 GM GULA PERANG
(B)
1/4 SUDU TEH BAKING POWDER
25GM SERBUK KOKO
35GM TEPUNG BERAS
280GM TEPUNG GANDUM
100GM COKLAT CHIP

HIASAN
PUTIH TELUR
KACANG BADAM CINCANG
COKLAT CHIP

CARA-CARA:
1) Panaskan oven..
2) Kemudian sebatikan bahan-bahan A.....
3) Masukkan Bahan-bahan B ke dalam adunan A tadi.........
4) Setelah selesai, leperkan adunan berbentuk biskut chipsmore tu..
5) Sapu putih telur, hiaskan badam cincang dan coklat chip...
Senang ja kan...So apa lagi,boleh la try....

Sunday 14 July 2013

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

 Berbuka bersama ayam goreng rempah ...

BAHAN-BAHAN:
Ayam
Bawang putih * dikisar
Halia * dikisar
Serai * dikisar
Bawang merah * dikisar
1 biji telur
daun kari
40 gram serbuk kari daging
serbuk cili/ cili blender
Serbuk kunyit
Jintan manis @ putih
100 gram tepung jagung
Secubit garam @ gula

CARA-CARA:
1) Kisar bahan-bahan yang bertanda *....
2) Kemudian gaul kesemua sekali dan akhir sekali masukkan ayam
3) Perap ayam selama 1 jam atau lebih....
4)Goreng dengan api sederhana...
Selamat mencuba ya....(^_^)

RESEPI PUDING ROTI BAKAR BERSAMA KASTARD SOS

 Salam berhujung minggu....Hai FD kata dah tak nak upload gambar..hehehe entah la,rasa rindu lak nak berblog ni...So saja nak share resepi puding roti bakar yang FD buat untuk pencuci mulut ketika berbuka puasa...Kalau berminat boleh la mencuba yer..Sedap sekiranya di makan bersama sos kastard...
Bahan-bahan puding roti :
8 keping roti gardenia
2 biji telur
4 sudu gula halus
500ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu butter - dicairkan
sedikit kismis, coklat chip & kekacang untuk hiasan


Cara-cara memasak :
1) Satukan telur, gula, susu segar, esen vanilla dalam bekas,dan koyak atau guntingkan roti tersebut..
2) Biar ianya terendam seketika.
3) Masukkan butter cair..Kemudian masukkan ke dalam loyang yang dilapik alumunium foil dan di gris mentega....
3) Tabur kismis,coklat chip dan kekacang badam ke atasnya...Ikut selera masing-masing samada nak menggunakan kismis sahaja atau coklat chip sahaja....
4) Bakar selama 30minit atau sehingga masak dengan suhu 170c..

Bahan-bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu besar gula
1/4 tin air

Cara-cara:
1) Satukan semua ke dalam periuk dan didihkan atas api sambil kacau.
2) Gaul sehingga pekat..




Wednesday 10 July 2013

Salam Ramadhan buat semua umat Islam..
Semoga bulan ini kita mendapat keberkatan dan keampunan dari Allah S.WT....
Sepanjang bulan ni FD mungkin kurang upload gambar kerana nak rileks sekejap dan memberi ruang untuk husband ke tarawih ....Dan kemungkinan FD akan bersiaran semula selepas Raya,insyAllah...
Buat customer FD yang FD reject order baru-baru ni, minta maaf sangat-sangat kerana tidak dapat tunaikan permintaan anda, disebabkan masa yang tidak mengizinkan...

Salam Sayang dari,
Fidyana Delight...

Monday 8 July 2013

LAST CAKE DARI FD BEFORE HARI RAYA

DURIAN OO DURIAN.......SWEET CREAMY DURIAN

Assalamualaikum.........Sebenarnya FD tak merancang pun la nak buat kek durian ni, dalam hati rasa nak buat russian black & white lagi,coz hari tu makan rasa tak puas..hehehe
Tapi masa beli durian nak buat durian crepe untuk Puan Carol, rasanya terdetik nak buat kek durian macam ala-ala secret recipe tu..(^_^) <---menjadi ka tu  ...hehe
Alhamdulillah,tekstur kek gebu dan lembut, FD buat kek span durian di lapisi krim durian...Tapi FD terlupa sangat-sangat nak tangkap gambar slice kek ni.......Time tu memang busy dan kalut....
RUSSIAN BLACK AND WHITE

Tapi walau bagaimana pun,FD tetap jugak buat kek favourite FD ni...FD selalu buat kek,then nanti FD akan bagi kat rumah mak and mertua FD...hehe lepas tu dekat anak-anak jiran.makcik-makcik terdekat rumah...
So sekiranya berminat,boleh la menempah selepas raya,coz time berpuasa ni,FD nak fokus biskut raya dan memasak di dapur untuk berbuka dan bersahur....Kepada semua umat Islam di luar sana, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...
TEMPAHAN APAM ALA CORNETTO DAN CREAM PUFF DARI KAK INA,KAK WATI & KAK IDA

Salam semua, semakin dekat dengan bulan ramadhan ni,pakat-pakat kawan FD and kawan husband order...Sampai rasa tak terkejar nak membuatnya....
Tapi apa-apa pun terima kasih kerana mempercayai FD untuk sebarang tempahan yang dibuat.....
Biasa la,kadang kala taste orang ni berlainan, ada yang rasa dan kata ok, ada yang bagi komen untuk improve kan diri ni....By the way, thaks a lot......
Terima kasih tak terhingga buat kak wati,kak ida, dan kak ina...Sebarang kekurangan harap di maafkan........
REPEAT ORDER DURIAN CREPE & COKLAT CREPE DARI PN CAROL & PN FIZA

Musim durian ni,sedap kan kalau dapat makan kek bantal durian / durian crepe ni......Dimana apabila kita gigit, krim dan isi durian akan melting ke dalam mulut.....
Begitu juga dengan coklat crepe......
Terima kasih kerana sudi membuat tempahan,sebarang kekurangan harap dimaafkan ye.....
TEMPAHAN APAM FILLING JEM DARI KAK AYU

Salam semua...Tempahan apam filling jem blueberry dan strawberry yang di tempah dari kak ayu ni untuk anaknya.....
Terima kasih banyak-banyak kak ayu, sebarang kekurangan harap dimaafkan....

Wednesday 3 July 2013

BY FIDYANA DELIGHT

TEMPAHAN APAM FILLING JEM DARI KAK IDA

Assalamualaikum.....Hari ni cuaca mendung and hujan ja since dari malam tadi.....Sejuk betul,kalau dapat sambung tidur, alangkah bestnya....(^_^) Tapi terpaksa juga datang kerja coz kak ida menempah apam ni untuk anak dia bawa ke tadika esok.....
Apam jem sebelum di kukus.....

Terima kasih yang tak terhingga di atas tempahan yang di buat,sebarang kekurangan harap dimaafkan....

BY FIDYANA DELIGHT

TEMPAHAN TRIFLE DAN RV MARBLE CHEESE BROWNIES DARI KAWAN ADIK IPAR + TEMPAHAN CRACKERS LAPIS DAGING DARI KAWAN OFIS MY HUSBAND
 Salam semua...Kemarin FD busy melaksanakan tempahan yang datangnya dari kawan sekerja adik ipar FD..Diorang nak buat makan-makan katanya......
 Diorang menempah trifle rainbow kismis dan red velvet marble cheese brownies.......
 So alhamdulillah dapat siapkan jugak malam tadi...
Dalam masa yang sama, FD ada membuat crackers lapis daging tempahan kawan husband FD...Diorang nak di pack secara mini.

 Diorang request suruh buat dah lama, tapi baru sekarang dapat buat untuk diorang ni....
Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga buat yang sudi menempah di FIDYANA DELIGHT ni....
Sekiranya ada terkurang atau tidak sempurna, harap dimaafkan ye...

Monday 1 July 2013

COKLAT CREPE

TEMPAHAN COKLAT CREPE DARI PUAN CAROL

Salam semua.........Minggu ni jadual FD padat dengan kerja di office dan dalam masa yang sama mendapat tempahan orang yang tidak putus-putus..Alhamdulillah...Al maklum la,minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan, so minggu ni la orang nak adakan kenduri,makan beramai-ramai.....Selamat menyambut Bulan Ramadhan al-mubarak....
So buat Puan Carol,terima kasih di atas tempahan yang di buat, sebarang kekurangan harap di maafkan...