Monday 29 April 2013

TEMPAHAN COKLAT CREPE DAN CAKE IN JAR DARI PUAN ARINA

 Salam semuanya..Tempahan kali ni dari Puan Arina di mana dia menempah 6 moist chocolate cake in jar dan 2 coklat crepe..........
 Coklat crepe yang cute mute, rasanya seolah-olah aiskrim apabila digigit dan melting dalam mulut......
 moist chocolate cake yang siap diikat riben..Kata Puan Arina saudara dia nak datang ke rumah...

Finally, dah siap di packing......Terima kasih kerana sudi membuat tempahan ...Sebarang kekurangan harap dimaafkan .....

Sunday 28 April 2013

RAINBOW CAKE WITH CHEESE IN JAR BY FIDYANA DELIGHT

 Salam semuanya.....kali ni FD nak previewkan pula rainbow cake in jar....nama pun rainbow, mesti la warna warni kan.......setiap warna ada perisa tau......dan di topping dengan cheese di atas.....walla!
 Jom kita tengok gambar-gambar rainbow cake di bawah ni lagi yee...

 Amboi siap berpayung lagi...hehe...Teksturnya yang gebu dan ala-ala moist,memang so yummy!

Sekiranya berminat and nak try, boleh contact FD k...sesuai di buat doorgift atau hantaran...Minimum order 6 bekas....

Saturday 27 April 2013

SWEET MANGO CHEESE CAKE

 Siapa peminat cheese cake boleh la layan entry FD kali ni........"cheese cake apa ni...?" sweet mango cheese cake..iaitu gabungan rasa cheese dan mango tango!....(^_^)
 Lapisan dasar merupakan biskut marie yang dihancurkan dan dibakar bersama cream cheese
 Dan pada lapisan atas yang ala-ala kelopak mawar ni, ialah mango yang dihiris nipis untuk menambah lagi kesedapan sehinggakan terpejam mata apabila suapan pertama masuk ke mulut...hehe
 Berat cheese cake ni merupakan 1kg dan bersize 8"...kecil  molek ja.....Cantik kan apabila dibuat hantaran ataupun suprise buat anniversary tahun ni....

Teksturnya yang gebu dan lembut menyedapkannya lagi kek cheese ni...Untuk tempahan boleh contact FD k..
TEMPAHAN RAINBOW CAKE DARI EN SAIFOL-BALIK PULAU 

 Rainbow kek yang berlapis berwarna warni menjadi pilihan En Saifol untuk hari pertunangannya....
Setiap lapisan warna pasti diberi satu perisa berlainan.....Yam, orange, strawberry,lemon dan pandan...
 En Saifol request nak cream putih and hiasan merah....So FD buat as per request la yee..
 Rainbow cake yang dilapisi cheese cream dan di hiasi dengan buttercream untuk hari pertunangannya esok.....
 Berat kek 3.5kg..Memang berat dan harga yang berbaloi-baloi.......
 Selamat bertunang ye En Saifol and Mira....Semoga jodoh berpanjangan...
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada FD untuk membuat rainbow kek ni.....Sebarang kekurangan harap dimaafkan....

Thursday 25 April 2013

TEMPAHAN MOIST CHOCOLATE CAKE IN JAR DARI CIK BALKIS

Salam semua......kali ni FD nak preview kan kat semua tempahan yang datangnya dari cik balkis....

Moist chocolate cake yang dilapisi cream dan di topping pula dengan coklat cair.....ditabur pula dengan bunga-bungaan....

 Katanya nak dihadiahkan untuk kawannya yang nak bertunang ahad ni......
Tema Merah, So kita ikat riben merah untuknya.........

Terima kasih banyak-banyak atas tempahan yang di buat....sebarang kekurangan harap dimaafkan.......
TEMPAHAN TRIFLE OREO DARI PUAN ARINA

Trifle oreo 40 cups yang di order oleh Puan Arina...Kata husband, ofis diorang ada buat majlis kesyukuran.....

Trifle oreo yang menjadi pilihan hati Puan Arina, sehinggakan kesemuanya dia request Oreo....(^_^)

Terima kasih banyak-banyak Puan Arina, sebarang kekurangan harap dimaafkan.....

Wednesday 24 April 2013

TEMPAHAN BROWNIES DARI KAK MIZAH AND TRIFLE DARI KAK DAYAH

Jatuh cinta pada pandangan pertama......Hati bagai nak gila dek terpanah asmara..apa hal tetiba nak berjiwang pulak.......nak meniaga ka nak berjiwang ni...hehe saja la kan nak merepek sekali sekala....ok, kali ni tempahan brownies yg cute ni datang dari kak mizah.....

kemarin terajin lebih nak buat colour-colour ni..Cantik di buat hantaran kan... tak pun nak dihadiahkan untuk suami or isteri korang ka......semua boleh.....

Aneka trifle yang di order dari kak dayah, thank you so much.....
Sebarang kekurangan harap dimaafkan...
TEMPAHAN BROWNIES EN RONALD DAN PN FIZA

Brownies lagi....hehehe mesti korang hairan kan,kenapa la kerap sangat FD upload pic brownies ni.......kebanyakan customer FD berkenan sungguh nak order brownies ni........nak kata sedap, yang itu anda yg menentukannya......  
So tempahan kali ni datang dari kawan-kawan Mr Hubby, terima kasih sangat-sangat....sebarang kekurangan harap dimaafkan.....

Sunday 21 April 2013

TEMPAHAN MARBLE CHEESE BROWNIES DARI EN MAT-BALIK PULAU

Marble Cheese Brownies coklat menjadi pilihan En Mat untuk entry kali ni....
Satu gabungan coklat dan keju ,rasanya yang sungguh mempersonakan.....

Terima kasih dengan tempahan yang dibuat...Sebarang kekurangan dan kelemahan,harap dimaafkan......
TEMPAHAN TRIFLE DARI KAK INA

Cerianya.... warna warni dan pelbagai perisa trifle yang ditempah oleh kak ina a.k.a my cousin....

6 cup kesemuanya dengan perasa oreo, mix fruit, and rainbow kismis.

Terima kasih coz sudi membuat order...Sebarang kekurangan harap dimaafkan....

Saturday 20 April 2013

JEJARI TIRAMISU CAKE

 Hai semua....Thanks coz sudi intai-intai entry FD lagi, ada yang menanyakan FD samada FD ni agen untuk company FIDYANA DELIGHT ka?hehehe nak tgelak pun ada...sebenarnya FIDYANA tu gabungan nama Su and Husband...So blog ni memang kami yang punya and yang dok bergodek whisk kat dapur tu semestinya Su..hehe

 So kita jangan buang masa, Korang semua pernah tengok and rasa tak jejari tiramisu ni...? sedap....nampak macam roti kering,tapi sebenarnya tak......roti ni gebu didalam.....So hari ni FD buat kek jejari tiramisu dimana dalaman kek, FD buat perasa cappucino...Fuh, memang sedap.....Husband FD asyik berulang ja makan...... hehehe
 Memang cantik and classic bila di buat hantaran coz nampak macam kek di dalam bakul..berat lebih kurang 2kg lebih...Kek cappucino yang dilapisi cream cheese and ditabur dengan coklat putih and koko yang disagat..Dihiasi pula dengan strawberry...Tak manis,sesedap rasa ja....
Haa jom try rasa...memang tak rugi kalau try, sedaaap......Kalau berminat, contact FD k......

Thursday 18 April 2013

TEMPAHAN HOMEMADE ICE CREAM CAKE AND MAKARONI CHEESE BAKAR DARI SALES DEPARTMENT (OFIS FD LA..)

Hai and assalamualaikum semua..kali ni FD sahut cabaran and menerima first order kek dari my workplace ..Hari ni birthday Department Manager kitorang..So, diorang order la kat FD ,"homemade ice cream cake" ni.....

Mula-mula takut jugak nak take order, tapi...Ms Yeap bagi sokongan kuat and semangat suruh buat,akhirnya terhasil la kek ni.....Gambar di atas kek masih lagi 90% ,belum siap sepenuhnya...coz dah ice cream kan, kena deko cepat-cepat, coz nak melting...

Amboi nak interframe jugak...hehehe sampai ja tempat keja terus take picture....

Haa ni la keknya.....FD menggunakan dua kombinasi ice cream iaitu Strawberry and Coklat..

Haa ni la Dept Manager kitorang..Hepy birthday Mr Alec...!



Setelah di potong....Atas ice cream strawberry and bawah pulak ice cream coklat...So pada korang kat luar sana kalau nak order,boleh contact FD k......Harga memang berpatutan.....Berat kek lebih kurang 2kg lebih...

Ok, yang ni makaroni cheese bakar...Memang kenyang and sedap..Ada gabungan rasa makaroni,daging, sayur campuran and sos yang meleleh...

Sebarang tempahan boleh la dibuat di FIDYANA DELIGHT k......