Sunday 30 June 2013

BARBIE DOLL CAKE

 Salam semua...Tak berapa hari lagi, birthday adik FD..So FD saja la buat awal kek untuk dia coz dah tak tau nak buat apa cuti di hujung minggu ni....Tersenyum dia bila dapat kek ni..(^_^)
 FD buat sponge cake coklat sebab kami memang sukakan kek coklat....
 First try barbie doll cake by Fidyana Delight...
 Untuk tempahan boleh la segera hubungi FD....Berat sekitar 1 kg++..Harga mengikut decoration cake..


Friday 28 June 2013

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE

 Assalamualaikum......Russian black and white, kek  yang mewah dengan coklat dan cheese....Dah lama FD belajar buat kek ni masa pergi kelas dulu, cuma tak try praktis di rumah lagi coz nak buat kek pun perlu ada mood and dalam keadaan free dan tenang....
 Taste kek ni seperti rasa kopi-kopi sikit coz gabungan rasa Nescafe dan Dark coklat..
 Apabila di potong,slice kek ni memang rasa nak makan and tertarik coz berbentuk dam....Cer tengok gambar di bawah ye...
Yang berbentuk dam tu merupakan cheese dan dark coklat...Kalau berminat,boleh la hubungi FD k.....Berat kek anggaran 2kg++ dan size 9 x9..Harga boleh la di runding...

Thursday 27 June 2013

REPEAT ORDER COKLAT CREPE DARI KAK LIZA DAN EN FARID

 Lama dah rasa tak melenggang crepe ni...Tiba-tiba dapat order sampai 5 packs....Alhamdulillah la...
 Baru ja hati ni terdetik nak makan durian crepe coz sekarang kan dah musim durian...Tapi weekend baru nak buat kot....
Coklat crepe ni FD gunakan coklat Nutella di dalam...Bagi FD , FD suka crepe coklat ni lebih dari crepe oreo yang FD pernah buat sebelum ni coz FD memang suka coklat..Rasanya sedap dan tambah-tambah bila dikeluarkan dari peti ais,dan biar 5minit macam tu baru makan, rasa seperti ais krim..
 
Thanks to kak liza dan En Farid, Sebarang kekurangan harap di halalkan...
REPEAT ORDER PAI AYAM CENDAWAN DARI KAWAN SE-OFFICE 

 Tempahan Pai ayam sebanyak 16 pcs ni dari kawan ofis FD ...Al maklum la esok kan dah nak cuti.....Pakat-pakat order la...
 Gambar agak kelam dan banyak menggunakan pencahayaan kuning coz dah pukul 1 time ni...So dalam mengantuk-ngantuk kalut-kalut tangkap gambar...jadi la tu...(^_^)
Terima kasih banyak-banyak Kak Wati,Kak Ina dan Ms Poh, Seandainya ada kekurangan harap di maafkan...

Tuesday 25 June 2013

KEK CARROT BERKACANG YANG DITEMPAH PN SARIZAH
Salam semua....tempahan kali ni datangnya dari Pn Sarizah....Dia order kek carrot ,dan di luaran kek  dia request untuk disaluti dengan kacang.........
FD combine 3 jenis kacang untuk dia iaitu hazelnut,almond flake and pumpkin seed.......Untuk pengetahuan semua, Fidyana Delight juga menggunakan butter Anchor untuk setiap kek yang di buat..Butter ni mahal dan sedap....
Thanks coz sudi order...Sebarang kekurangan harap di maafkan...

Saturday 22 June 2013

TEMPAHAN EDIBLE IMAGE KEK DARI ABG SHAM

 Birthday cake edible image barbie ini merupakan tempahan dari abg sham sepupu husband FD....dia nak menyambut ulangtahun kelahiran puterinya yang baru genap setahun..Dia request kek sponge coklat..Berat kek merupakan 2 kg lebih....Harap-harap dia berpuas hati dengan kek yang di buat dari FD ...
 Happy birthday Qaseh Nur Qaleesya,semoga menjadi anak yang solehah dan dipanjangkan umur serta murah rezeki...
Sebarang kekurangan harap dihalalkan ....Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membuat tempahan....
KEK DI HARI LEBARAN
 ~MARBLE CHEESE BROWNIES~
 Salam untuk semua customer FD,,kek yang FD paparkan kali ni ialah kek yang sesuai di hari lebaran yang bakal tiba nanti....acewah,puasa pun belum, dah standby untuk raya..(^_^)
~KEK BATIK JAWA~
 Kalau marble cheese brownies semua mesti dah kenal kan...Kek batik jawa ni pula mungkin orang pun dah tau...kek di mana di lapisi biskut merry....Teksturnya yang gebu dan lembut kerana ianya dikukus.....
Untuk tempahan sila hubungi FD k.....
REPEAT ORDER TRIFLE RAINBOW KISMIS DARI MIZAH

 Baru-baru ni Mizah ada menempah trifle rainbow kismis dari FD...Tapi FD lambat sikit upload di blog memandangkan internet belum topup..hehe
So dia menempah sebanyak 10cups ke semuanya...
Terima kasih di atas tempahan yang di buat...sebarang kekurangan harap dihalalkan dan 
di maafkan..

Wednesday 19 June 2013

TEMPAHAN NUTELLA SQUARE CRUNCH DARI MS POH
Kali ni FD nak preview tempahan yang di buat oleh Ms Poh baru-baru ni iaitu biskut Nutella Square Crunch ...

Biskut ni rangup dan mempunyai lapisan nutella di tengah di mana ianya sesuai di makan pada bila-bila masa and tak perlu menunggu untuk musim raya saja....
 Terima kasih di atas tempahan yang di buat, sebarang kekurangan harap dimaafkan...

Tuesday 18 June 2013

TEMPAHAN SWANS CREAM PUFF DARI MY COLLEAGUE
Tempahan kali ni datangnya dari kawan-kawan sekerja FD...Actually, diorang tak tau pun yang FD ada buat online bakery..Yang tau pun cuma department FD ja...tu pun berapa kerat ja....
 Tapi lepas sembang dengan sorang akak ni, saja la gatai tangan nak p email menu dekat dia, sekali dia bagitau kawan-kawan yang lain.....Dia pula tolong promote,thanks kak wati...(^_^)sebenarnya FD segan nak heboh-heboh, bagi FD ,biar la orang yang jumpa blog FD ni sendiri.....nak order ka apa,terpulang pada individu tu....Kalau kita yang bagitau dia, macam memaksa orang tu pula beli barang kita...
 
Banyak pula celoteh hari ni..hehe so diorang menempah swans cream puff with custard filling and strawberry...harap-harap diorang sukakannya..
 
So terima kasih kerana sudi membuat tempahan...
Sebarang kekurangan pada diri ini harap dimaafkan..
TEMPAHAN PAI AYAM CENDAWAN DARI KAK WATI AND KAK IDA
 Salam tengahari semua....kali ni tempahan pai ayam cendawan datangnya dari kak wati and kak ida iaitu rakan-rakan sekerja FD....
 So alhamdulillah la coz diorang tak complain apa-apa..Cuma diorang tanya mengenai pai daging pula, insyallah,kalau ada kesempatan nanti FD try resepi dan menu terbaru mengenai pai....
Terima kasih di atas tempahan yang dibuat..Sebarang kekurangan harap dimaafkan...

Thursday 13 June 2013

REPEAT ORDER MARBLE CHEESE BROWNIES DARI CIK BALKIS

 Tempahan brownies kali ni merupakan request dari Cik Balkis...Dia mintak FD potong kecil-seperti seperti yang dia pernah order sebelum ni....
 Marble cheese brownies ni boleh dikatakan antara kek paling kerap di order oleh customer-customer FD....Terima kasih kerana percaya kepada produk yang FD hasilkan..
Terima kasih juga buat Cik Balkis......Sebarang kekurangan harap dimaafkan ...

Wednesday 12 June 2013

YOGURT BLUEBERRY CHEESE CAKE YANG MELETUPSS!!

 Malam tadi entah kenapa tetiba ja tekak ni rasa lapar and teringin sangat nak makan cheese cake ...Waa tambah-tambah FD ni pula suka makan cheese...boleh la kalau nak buat.
 Pukul 11 malam baru siap, lepas tu makan pulak kek cheese tu di tengah malam yang sunyi...boleh gemuk la macam ni....
 Cheese cake yang dikukus sempurna bersama yogurt dan dicurah pula blue berry fillling,memang mempersonakan,sehingga terpejam mata apabila ianya masuk ke dalam mulut....tetapi mungkin sebab FD ni peminat cheese kot, sebab tu FD suka kek ni.....(^_^)
Untuk tempahan sila contact FD k.....
TEMPAHAN PAI AYAM CENDAWAN DARI KAWAN SE-OFIS MR HUBBY

 Salam semua ..Kali ni FD nak previewkan tempahan pai ayam cendawan dari kawan-kawan ofis husband FD...Diorang nak try rasa....
 Kulit pai ayam yang crispy, di dalamnya berintikan ayam,cendawan dan sayur campur,memang mempunyai pelbagai rasa apabila digigit
 
Terima kasih dengan tempahan yang di buat, sebarang kekurangan harap di maafkan

Sunday 9 June 2013

REPEAT ORDER DARI MY SIS IN LAW

 Marble cheese brownies and red velvet cheese brownies yang di tempah kak ipar FD...
 Dia and anaknya memang suka sungguh makan kek......
 Kali ni dia menempah dua biji brownies , and katanya teringin nak try red velvet ,thats why dia order dua jenis brownies..
Terima kasih di atas tempahan yang di buat, sebarang kekurangan harap di maafkan...