Tuesday 28 May 2013

CHOCOLATE GREEN PEAS COOKIES

 Green peas cookies yang dihiasi mocha bean menjadi entry biskut raya pada hari ni...
 Biskut ni kaya dengan kekacang hijau....Rasanya rangup ...
 Tapi setelah siap semua, Piping bag FD tak ada la pulak.....so comot sikit la masa nak pipe kan white coklat tuu.....hermm...kecewa betul....tapi tak apa la, masuk mulut, hilang comotnya..hehe
Untuk sebarang tempahan,boleh la contact FD k....
KAD KEAHLIAN

 Salam semua...Seperti yang FD telah janjikan, FD akan memberi kad keahlian untuk setiap customer FD...
Setiap pembelian RM10 ke atas akan diberi satu cop dan apabila kesepuluh kotak telah di cop, FD akan memberi harga diskaun ataupun memberi door gift..Terima kasih kerana sudi membuat pembelian di Fidyana Delight..

Friday 24 May 2013

TEMPAHAN RAINBOW CAKE IN JAR DARI KAK MALA

 Tempahan kali ni datangnya dari Kak Mala kawan Mr Hubby...Dia menempah 6 botol rainbow cake in jar sempena hari pertunangan kawannya ...
 Memandangkan hari pertunangan tu hari hujung minggu, so kek terpaksa di beri awal coz FD nak gi rumah saudara,jadi FD tidak hiaskan cream cheese dengan apa-apa hiasan kerana takut warna hiasan mencair dan merosakan warna cream cheese putih yang di topping atas kek tersebut...
 Tapi FD tetap beri hiasan  tersebut untuk dihiaskan di atas cream tu apabila kek sudah ingin di bawa ke majlis pertunangan ...
Terima kasih kerana sudi membuat tempahan...Sebarang kekurangan harap dimaafkan ye....
TIRAMISU CAKE & ALA-ALA OMBRE CAKE WITH STRAWBERRY FILLING

 Salam semua...Atas permintaan husband baru-baru ni, dia nak makan lagi kek jejari tiramisu ni.....Suka sungguh katanya...
 Alang-alang kitorang pulak nak ke KL tengok makcik FD bersalin, so bawa la sekali kek ni ke rumah dia, tapi bukan untuk dia,untuk anak-anak dia..(^_^)

 Yang ini pulak kek strawberry tapi FD buat ala-ala ombre, cuma tak banyak lapis disebabkan kekangan masa and banyak tempahan pada hari tu..
 Setiap lapisan FD menggunakan cream cheese dan strawberry...
So, untuk sebarang tempahan, bolehlah hubungi FD k....
TEMPAHAN MAKARONI CHEESE BAKAR DAN MARBLE CHEESE BROWNIES DARI RABIATUL A.K.A RUBY

 Tempahan kali ni datangnya dari Ruby ..Dia pernah menempah coklat crepe sebelum ni.....
 Marble cheese brownies ni biasanya FD menggunakan kacang almond, tapi dia request nak gantikan dengan kacang walnut...So kita ikut as request la....

 Manakala makaroni  ni biasanya FD menggunakan daging, tapi mungkin dia lebih sukakan ayam,so dia mintak suruh tukarkan dengan isi ayam...
Terima kasih di atas tempahan yang di buat...Sebarang kekurangan harap di maafkan...

Sunday 19 May 2013


 BISKUT RAYA- THEME FLOWER

~SEROJA~

 Seperti yang dijanjikan FD masa April yang lalu, FD nak previewkan biskut raya, tapi memandangkan FD busy sikit, so postpone sehingga la ke May....Tema kali ni kita mulakan dengan biskut bunga-bungaan....
 Yang ini merupakan biskut Seroja, di mana ianya berbentuk bunga seroja.....Didalamnya berintikan Mentega kacang dan dihiasi ceri...!
 Em rasanya tidak la menghampakan apatah lagi dengan rupa bentuknya....(^_^)

So fikir-fikirkan la untuk menu biskut raya untuk raya tahun ni k...Sebarang order boleh contact FD ...

~TERATAI LAYU~
 Kalau di atas seroja, manakala yang ini pula teratai layu...Berintikan jem..
Ala-ala tart juga ...
 So mai kita tengok-tengok and cuci mata.....

~DAHLIA COKLAT CHIP~
 Biskut ni mesti la semua dah kenal kan...selalu orang sebut samperit...Saja nak glamourkan nama biskut ni..hehe...
Tapi FD hiaskan dengan coklat chip, boleh juga request untuk letakkan ceri di atas...Sebarang tempahan boleh calling-calling k...

~KELAPA HAWAII SUJI~
Biskut apa la ni, rambu ramba je.. ..ni namanya biskut kelapa hawaii bersuji...yang berambu ramba tu kelapa hawaii...Biskutnya rasa suji dan dicampur dengan kelapa kering..
So kepada sesiapa yang belum fikir nak order biskut apa untuk raya tahun ni, meh la order dekat FD...hehe

Saturday 18 May 2013

SWANS CREAM PUFF WITH STRAWBERRY

 Entry kali ni FD nak preview kan cream puff, mesti korang semua pernah rasa kan cream puff,,tapi kali ni FD buat ala-ala swans ....Comel ke tidak.? (^_^)
 Hari tu ada sorang kawan FD yang menanyakan samada FD reti ka tidak buat cream puff, sebenarnya boleh ja, cuma FD belum try ,and preview dalam blog sebab kadang-kadang masa tu tak sempat....Coz FD kerja office hour...Buat ni semua pun just nak enjoy and suka...
 Haa ni rupanya swans cream puff yang dihiasi dengan slices strawberry. Yummy..!
 Swans cream puff ni elok jika di buat hantaran...Macam-macam rupa hantaran sekarang ni....
 FD juga ada buatkan dalam bentuk bulat biasa ja untuk sapa-sapa yang tak minat dengan swans tu....
Eh-eh tangan budak bucuk mana tuu...sibuk ja dia nak menunding jari dia masa mama dia nak tangkap gambar....So sesiapa yang nak order, boleh la contact FD k....
TEMPAHAN TRIFLE OREO DARI PUAN RINI

Salam semua....Rasa lamanya dah tak post something dalam entry ni ..So kali ni tempahan datang dari Puan Rini, dia order trifle oreo sebanyak 6 cups...Picture ni husband yang tangkapkan....Banyak betul gambar bear anak dia..hehe

Coz masa tu FD tidur di rumah mak FD, tak sempat nak post and tangkap gambar untuk tempahan Puan Rini ni...Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak....Sebarang kekurangan harap dimaafkan ...Enjoy your trifle!

Sunday 12 May 2013

HAPPY MOTHER'S DAY
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di luar sana ecspecially buat mama and mak mertua FD..Tanpa ibu, siapa lah kita ni ...
Dia la yang menjaga,membelai dan memberi kasih sayang kepada kita sejak dari kecil sehinggalah kita dewasa....Jadi,,hargailah ibu-ibu anda sementara dia masih dipinjamkan nyawa untuk bernafas di muka bumi ini lagi....

Tiada apa yang istimewa dapat ku buat sempena Hari ibu ini melainkan hanya donut yang pelbagai rupa dan pelbagai rasa ni sebagai tanda ingatan dan rasa terima kasih buat ibuku yang selalu menjadi teman suka dan duka, pendengar setia, dan banyak memberi ku kesenangan dan kebahagiaan sehinggalah aku sudah bergelar sorang isteri dan seorang ibu....
Thanks mama and mak, semoga dipanjangkan umur ,murah rezeki dan bahagia di samping anak-anak dan suami tercinta...(^-^)
Sekiranya ingin membuat tempahan,boleh la hubungi FD k...... 

Tuesday 7 May 2013

REPEAT ORDER DARI MALA

 Salam semua....Thanks coz sudi menjenguk entry FD lagi...Khas untuk regular customer FD yang FD sayangi , FD akan menyediakan satu kad khas untuk customer FD dimana setiap pembelian yang ke sepuluh, FD akan sedekahkan satu door gift /souvenir ...Buat customer FD yang pernah membuat tempahan sebelum-sebelum ni,FD tetap akan senaraikan setiap pembeliannya..hehehe jangan bimbang ye...!

 So untuk entry kali ni,repeat order trifle mix fruit dari Mala.....Dia order 7 cup kesemuanya...
Thanks coz sudi membuat tempahan.Sebarang kekurangan harap dimaafkan ye...(^_^)