Wednesday 6 November 2013

TEMPAHAN BIRTHDAY CAKE DAN APAM POLKA DOT DARI SYA
Happy birthday Alya Rafini......Kek birthday ni Sya kawan FD yang tempah untuk birthday anaknya yg lepas...
Sebenarnya FD kurang mengambil tempahan sekarang, tapi Sya nak jugak FD buatkan untuk anaknya....
So terpaksa la FD buat......
Terima kasih kerana sudi membuat tempahan....Sebarang kekurangan harap dimaafkan.... 

KEK NENAS  
 Assalamualaikum.....Dah hampir dua bulan FD menyepi dan tidak update blog...
Bukannya apa, laptop FD rosak, so thats why jadi malas nak meng-update tu....
So ni kek nenas yang FD buat semasa birthday FD dan husband hari tu....
Kek span yang dilapisi cream dan dilapisi hirisan nenas menambahkan rasa berjus ketika menikmati kek nenas ni...

TEMPAHAN DURIAN CREPE DAN COKLAT CREPE PN SARIZAH & KAK LIZA
 Assalamualaikum.....tempahan yg lepas durian crepe dan coklat crepe dari kawan ofis mr hubby...

Durian crepe ni tak boleh disimpan terlalu lama even di dalam freeze ...
sebab durian akan cepat masam.....
So terima kasih kerana sudi membuat tempahan ,sekiranya ada kekurangan harap dimaafkan....

Saturday 21 September 2013

TEMPAHAN APAM ALA-ALA AISKRIM MINI CORNETTO DARI SALLEH

 Assalamualaikum......
Tempahan apam yang bentuk ala-ala aiskrim mini cornetto ni dari adik ipar FD....
 Sebenarnya FD sudah tidak mengambil tempahan untuk apam ni,tapi dia nak jugak order apam bentuk cornetto ni untuk hantaran kawan dia yang nak bertunang...
Bukan apa, apam ni susah dan mengambil masa sikit untuk membuatnya.....
Lagipun apam ni apam kosong ja,cuma ianya dicurah coklat di atas.....
FD masukkan di dalam blog ni just untuk preview di dalam blog saja........Terima kasih kerana sudi menempah....
TEMPAHAN MOIST CHOCOLATE CAKE IN JAR DARI EMYLIA

 Assalamualaikum...........
Tempahan kali ni merupakan kek moist coklat dari Emylia....
 Kek coklat yang dilapisi coklat krim....dan dicurah coklat di atas....
Walaupun ianya botol kaca,tetapi tidak menjadi penghalang untuk dibakar di dalam oven....
Terima kasih kerana sudi membuat tempahan....
Sebarang kekurangan harap dimaafkan...

APAM POLKA DOT

Salam.....Tempahan apam polka dot lagi dari kawan adik ipar FD.....
Terlupa pula FD nak menanyakan nama kawannya tu........
 By the way,apa-apa pun terima kasih kerana sudi membuat tempahan.....
Dia request jem kaya....
Sebarang kekurangan harap dimaafkan ye.....

Thursday 12 September 2013

TEMPAHAN COKLAT + DURIAN CREPE & APAM JEM DARI SYA

 Assalamualaikum......
Rasa macam dah lama ja tak online,maklum la busy + malas nak upload gambar....(^_^)
 So tempahan kali ni datangnya dari kawan FD 'Sya'....Dia menempah durian crepe,coklat crepe dan apam untuk anak dan familynya.Minggu ni FD banyak menerima tempahan apam ..

Terima kasih Sya , sebarang kekurangan harap di maafkan ye...